Coretan.
Sunday, 4 May 2014 • 08:40 • 0 comments
Assalmualaikum, soalan dan jawapan ini diambil khas daripada Ask.fm/Izamnady. Moga dapat dimanfaatkan :) InsyaAllah.

Boleh tolong ajarkan saya solat tahajjud? :(
Solat Sunat tahajud mudah sahaja. Anggap nya seperti 2 rakaat solat 
Sunat biasa. Selepas baca Surah Al Fatihah tu, boleh baca Surah yang kita hafal.
Nabi saw selalu membuat 8 rakaat. Dengan campur 3 rakaat witir. Jadi 11 rakaat total.
Dikatakan, pada 2 rakaat yang pertama. Nabi saw membaca Surah yang pendek-pendek. 
Dan solat 2 rakaat itu pun tidak panjang mana (ringkas lah).
2 rakaat yang kedua pulak. Nabi saw membaca Surah-Surah yang sanga
t panjang. Jadi solatnya lama sangat.
2 rakaat yang ketiga, pun panjang tetapi tidak sepanjang seperti yang kedua itu.
2 rakaat yang keempat. Sudah semakin pendek dari yang ketiga itu.
Ini lah Sunnah Nabi SAW. Tetapi jika kita ingin solat dua rakaat sahaja pun tkde 
masalah. Baca lah Surah yang awk hafal. Tapi afdal memilih Surah yang panjang.
 Sebab solat yang baik adalah yang berdiri lama.
BarakAllahu :)
ana unfollow ikhwan wa akhwat kat twitter yang tweet lagha :(. 
Berdosakah ana? Tweet-ii agama yang ana tweet dan rt mereka tak 
dapat baca kcuali kalau stalk. Adakah sama maksud dengan ana 
berhenti membantu mereka mengenali islam?? Allahu :'(
Ni cuma pendapat Ana je la. Jangan jadi pegangan ya.
Bagi pendapat Ana, tengok lah orang yang kita follow tu tahap mana. 
Ada yang boleh menjatuhkan iman kita dengan post gambar tk senonoh atau suka rt bende ngarut. 
Jadi unfollow dia la demi selamatkan iman kite.
Tapi Ada yang jenis tidak berapa teruk. Mereka cuma lagha sahaja. 
Twitt seperti "rasa mcm nk mkn la". Bagi Ana Jangan lah terlalu keras hingga kita unfollow dia.
Bukan apa. Lumrah manusia. Bile unfollow org tu, org tu akan unfollow kite kan? 
Dan kita ini suka post twitt agama dan retweet benda yg Manfaat. Kalau dia unfollow kita. 
Maka semakin jauh la dia..
kalau kwn sebilik kolej dia (perempuan) non-muslim so tidur pun kena tutup aurat ke?
Dalam situasi seperti ini sudah dikirakan sebagai darurat.
Ulama' sudah memberi keringanan bagi muslimah yang terpaksa tinggal
 bersama perempuan kafir dalam satu Rumah. Muslimah itu hanya boleh menunjukkan kepala,tengkok/leher, lengan dan hujung betis.dan haram baginya melihat 
anggota-anggota yang lain dari yang tersebut.
Walau bagaimana pun ada ulama' yang berpendapat aurat perempuan
 muslimah dgn perempuan kafir adalah antara Pusat dan lutut. Wallahualam
boleh tak akhi tolong bagi cara nak solat taubat dengan sempurna.saya dh google and masih tak reti :'(
Solat Sunat taubat sangat mudah sebenarnya. Solatnya seperti solat
 Sunat biasa cuma kita solat dengan berhajat ingin bertaubat.
Mula-mula ambilah wudu dan lalu tunaikan solat Sunat taubat 2 rakaat.
Barangsiapa berwuduk seperti wudukku ini lalu mengerjakan solat dua rakaat,
 yang pada solatnya dia tidak berbicara pada dirinya sendiri 
(yakni mengerjakannya dengan khusyuk) nescaya Allah akan memberikan ampunan kepadanya atas dosa-dosanya yang lampau.
 – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Wudhu’, no: 159.
Sebaik-sebaik waktu untuk solat taubat adalah pada waktu sepertiga
 malam iatu dari pukul 3 hingga subuh.
Rabb kita tabaraka wa ta’ala turun ke langit dunia setiap sepertiga malam akhir.
 Dia lalu berkata: ‘Barangsiapa yang berdoa, akan Aku kabulkan. 
Siapa yang meminta kepada-Ku akan Aku beri. Siapa yang memohon ampun kepada-Ku,
 akan Aku ampuni. Hingga terbit fajar‘ ” (HR. Bukhari 1145, Muslim 758)
Tentang Bacaan dalam solat itu baca Surah Al Fatihah dan baca Surah yang awk tahu.
 Sebaiknya pilih Surah yang panjang.
Pada sujud yang terakhir itu, lamakan sujud itu sambil dalam hati Bermohon ampun.
InshaAllah
hudud tu gapo?
Definisi yang dapat dipetik dari penulisan mereka mengenai hudud ialah ; 
Hukum-hukum yang tertentu yang ditentukan oleh Allah sama ada melalui al-Quran 
atau Sunnah Nabi Muhammad s.a.w sebagai Hak Allah yang dikenakan ke atas 
pesalah-pesalah yang telah melakukan kesalahan-kesalahan yang tertentu yang
 digolongkan di dalam jenayah Hudud, iaitu tujuh jenis seperti yang diterangkan oleh al-Quran
 iaitu:
-Zina.
-Tuduhan Zina ( Qazaf ) tanpa empat saksi.
-Minum Arak.
-Mencuri.
-Hirabah ( Perusuh / ganggu keamanan ).
-Murtad.
-Baghy (Bughah – Pemberontakan).
Al-Mawardy pula mendefinisikan Hudud sebagai Sekatan-sekatan atau deraan-deraan
 yang ditentukan oleh Tuhan sebagai balasan ( hukuman ) kerana melakukan perkara-perkara 
yang ditegah dan meninggalkan pekara-perkara yang diperintah, kerana tabiat semulajadi 
manusia yang dikuasai oleh nafsu yang melalaikan dari seksaan akhirat dengan semata-mata
 mengejar kelazatan dunia yang cepat. (al-Mawardy, al-Ahkam al-Sultaniyyah, hlm. 221).
Melaksanakan hukum hudud ini adalah wajib dan dikira sebagai hak Allah. Maksud Hak Allah
 ialah seksaan itu tidak boleh digugurkan ( dimaafkan ) sama ada oleh individu atau masyarakat. 
( Abdul Qadir Audah, al-Tasyri c al-Jinaiy al-Islamiy, hlm. 78 ).
Ini adalah antara dalil-dalil yang disebut daripada Al-Quran dan juga hadith:
Pengharaman Zina, firman Allah yang bermaksud :
Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji 
dan suatu jalan yang buruk .
( al-Quran, al-Isra : 32 )
Hukuman Zina, firman Allah yang bermaksud :
Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah disebat tiap-tiap seorang dari 
mereka seratus kali sebatan .
( al-Quran, an-Nur : 2 )
Hadis Nabi mengenai zina, mafhumnya :
Ambillah dari aku ! Sesungguhnya Allah memberi jalan kepada mereka ( perempuan yang berzina ),
 jikalau teruna dengan dara hendaklah disebat seratus kali sebatan, dan dibuang negeri setahun
, dan jika yang telah berkahwin dengan yang telah berkahwin hendaklah disebat dengan seratus
 kali sebatan dan direjam dengan batu sampai mati .
( Muslim, Sahih : hlm. 188 )
Zina diharamkan dan hukuman hadnya ialah buang negeri ( taghrib ) dan disebat seratus kali
 bagi yang belum kahwin, dan disebat seratus kali dan direjam sampai mati bagi yang sudah
 berkahwin ( muhsan ), ada yang berpendapat hanya rejam sahaja bagi yang telah berkahwin.
Pengharaman Tuduhan Zina ( Qazaf ) tanpa empat orang saksi dan hukuman Had mengenainya, 
Firman Allah dalam surah an-Nur, ayat 4 yang bermaksud :
Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik melakukan zina, dan mereka tidak 
membawa empat orang saksi, maka deralah mereka ( yang menuduh itu )lapan puluh sebatan, 
dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya, dan mereka adalah 
orang-orang yang fasiq
Iaitu tuduhan zina ( Qazaf ) tanpa membawa empat orang saksi adalah haram, dan hukuman 
had ke atas orang yang menuduh itu ialah lapan puluh kali sebatan beserta hukuman
 tambahan iaitu tidak diterima kesaks
                               Sampai disini saja. Moga Allah reda, insyaAllah :)

OLDNEW
This owner ?
Thank for coming


Welcome


Assalamualaikum. Ana. 18 y/o.
Proud to be Muslim. Love Allah & Rasulullah s.a.w. Salam ukhuwah fillah :)

Chating here ?
Do follow :3


Zauj ?
Thank for loving me

Let us go to Jannah together
Credits ?
Love of you

Basecode:Masterly Elmo
Template:Izyanyancinnamon
Other help:B L O G S K I N
Best View:Google Mozilla
Owner blog: Ana